Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kota Kinabalu: Pelarasan gaji untuk penjawat awam di Sabah bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri susulan kenaikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pihaknya akan melaksanakan pelarasan gaji itu berdasarkan apa yang dirancang kerajaan Persekutuan.

“Jadi kita akan bayar mengikut apa yang telah diputuskan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan European Wellness Premier Center of Excellence (Perubatan Regeneratif dan Akademi Bertaraf Dunia untuk Doktor Dalam (Pelancongan Kesihatan Perubatan) dan Bioteknologi, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan negeri, Datuk Masidi Manjun, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Pengerusi Invest Sabah Berhad (ISG) Tan Sri Anifah Aman.

Anwar ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 di Putrajaya mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana, dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dilaporkan turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT), dengan pelaksanaan pemberian pelarasan gaji itu akan dilakukan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan 1 Januari 2026 untuk Fasa 2.-Harian Metro Online