Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu 3R dihantar kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini seramai 66 saksi sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Hari ini, pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman selesai mengambil keterangannya dan beliau menjawab semua soalan diberikan. 

“Susulan itu, kertas siasatan kes tersebut diserahkan kepada AGC untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung ucapan beliau didakwa institusi raja semasa berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis menerima sebanyak 30 laporan berhubung ucapan Muhyiddin yang tular di media sosial.

Susulan isu 3R itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang dilihat secara sengaja dan sinis mempertikaikan peranan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Baginda mahu Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan dan menjalankan siasatan ke atas Bekas Perdana Menteri itu.