Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dalam usaha mengangkat darjat dan martabat Bumputera sejajar dengan aspirasi Ekonomi MADANI.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata PuTERA35 disokong oleh tiga teras sejajar dengan Ekonomi Madani iaitu pertama, memperkukuh pasak ekonomi negara; memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi; serta menegakkan keadilan sosial.

Pelan tersebut yang merentas tempoh 10 tahun sehingga 2035 disifatkan sebagai lebih inklusif dan anjakan besar dalam membawa pembangunan bumiputera ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi serantau.

“Berpaksikan semangat inklusif, Kerajaan Perpaduan komited untuk memastikan bahawa agenda Bumiputera terus diberi keutamaan dalam setiap perancangan pembangunan sosioekonomi negara.

“Ini sama sekali, tidak akan menafikan hak kaum lain sebaliknya,mampu memberi kesan manfaat kepada semua kaum dalam aspek pembangunan dan kemajuan negara.

“Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak rakan-rakan Kabinet saya, penjawat awam, pihak swasta serta yang lain untuk bersama-sama berusaha untuk memastikan apa yang diaspirasikan dalam PuTERA35 dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran PuTERA35 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Isnin.

Hadir sama merasmikan pelancaran tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.-Astro Awani