Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Ketua jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu juga akan menyukarkan peluangnya untuk kenaikan pangkat.

“Jadi, ketua jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib dan seterusnya, menjejaskan peluang kenaikan pangkat,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat.

Justeru, Anwar mengarahkan ketua jabatan melaksanakan pusingan kerja secara berterusan bagi mengelakkan berlakunya kes salah laku dalam kalangan pegawai awam.

 itu, beliau meminta supaya perkhidmatan penjawat awam harus disesuaikan dengan beban tugas hakiki dan tidak lagi dibebani dengan tugasan bersifat pentadbiran.

“Kita juga harus melihat mengenai keperluan untuk memastikan perkhidmatan bagi yang terus kepada rakyat seperti keperluan doktor di hospital dan pegawai polis di lapangan perlu disesuaikan dengan beban tugas hakiki.

“Saya mahu perkara ini diteliti sewajarnya oleh kementerian yang berkaitan, dan melaksanakan penjajaran semula sumber kepada tempat yang betul-betul memerlukan,” katanya. -BH Online