Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA, 14 Ogos– Laporan akhir bagi nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, 17 Ogos tahun lepas, bakal dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata Laporan Awal Kemalangan Pesawat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah dikeluarkan 15 September tahun lepas.

Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS).

Insiden mengorbankan 10 nyawa iaitu enam penumpang dan dua anak kapal serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).

Sementara itu, MOT sedang merangka denda melibatkan lelaki yang didakwa menceroboh gerabak wanita.

Setakat ini, tiada sebarang peruntukan denda berhubung perkara tersebut dikuatkuasakan.

Gerabak itu dikhususkan kepada penumpang wanita bagi memberi keselesaan dan rasa selamat semasa menggunakan pengangkutan awam berkenaan.-Berita RTM