Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, hari ini.

Dalam perkongsian menerusi Facebook, Perdana Menteri berkata, perbincangan mereka menjurus kepada usaha penambahbaikan berterusan SPA dalam menjalankan fungsi selaras Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau turut dimaklumkan bahawa SPA akan memperkasakan program mengesan bakat dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mendapatkan individu terbaik untuk berbakti dalam perkhidmatan awam.

“Ini termasuk memperluas program khidmat masyarakat SPA ke seluruh pelosok negara untuk memberi penerangan kepada masyarakat berhubung peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam, terutama di kawasan-kawasan yang masih mempunyai capaian Internet terbatas,” menurut catatan itu. – BERNAMA