Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 kepada lima buah rumah daif di Kampung Chendor Kuantan, Pahang, bagi membaiki rumah tersebut.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata bantuan berkenaan disalurkan semasa Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi, melakukan kunjungan ke rumah terbabit di kampung itu, baru-baru ini.
“Beliau (Ahmad Farhan) telah meninjau keadaan rumah-rumah tersebut dan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 untuk setiap rumah untuk kos membaiki rumah-rumah tersebut,” katanya.-Harian Metro Online