Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Rusuhan terburuk berlaku di United Kingdom (UK) yang dipercayai berpunca daripada penyebaran berita palsu harus dijadikan pengajaran supaya kejadian sama tidak berlaku di Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kejadian rusuhan itu memberi kesedaran kepada negara bahawa masalah penyebaran berita palsu tidak boleh ditangani secara sambil lewa.

“Ini memberikan kita satu kesedaran bahawa kita tidak boleh ambil masalah sebaran berita palsu secara sambil lewa dan kita sudah lihat bagaimana selepas selesai atau tamat pilihan raya umum (PRU) lalu, berlaku sebaran yang agak meluas dalam platform media sosial yang agak ekstrem dan bersifat 3R (raja, agama dan kaum). 

“Di Malaysia sekurang-kurangnya kita banyak mengadakan perbincangan dengan platform media sosial untuk pastikan mereka juga bersifat proaktif dan membantu untuk mengekang penularan berita palsu terutama berita yang berkait isu 3R,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.-BH Online