Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi besar industri nadir bumi (REE), terutama daripada sumber tempatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 6 Tahun 2024, Perdana Menteri menegaskan, kerjasama dengan pemain antarabangsa yang memiliki kepakaran perlu didasarkan kepada matlamat akhir membangunkan keseluruhan rantaian industri dalam negara.

“Aktiviti penguatkuasaan juga perlu diperkemas bagi mengelak sumber negara dieksploitasi yang akan mengurangkan hasil kepada kerajaan dan merencat pembangunan industri REE negara.null

“Mesyuarat juga meneliti cadangan rangka kerja, termasuk anjakan besar bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan perniagaan, selaras kedudukan semasa negara dalam indeks daya saing global,” katanya dalam hantaran melalui laman media sosial beliau, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan yakin usaha berkenaan akan dapat meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya memperkukuh asas ekonomi negara. – BERNAMA