PUTRAJAYA: Soalan lazim FAQ berhubung kerangka kawal selia baharu platform media sosial dan mekanisme pelesenan itu akan diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di laman sesawangnya, bermula jam 3 petang ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata FAQ itu akan memberi penjelasan mengenai perkara tertentu termasuk negara lain yang mengamalkan sistem pelesenan seperti itu.
Selain itu, beliau berkata, FAQ itu juga akan menyatakan pihak yang perlu dirujuk sekiranya ada tindakan berhubung sebarang arahan.
“MCMC akan menerbitkan satu FAQ dan saya difahamkan terjemahan sedang disediakan…dokumen sepenuhnya akan mula disiarkan bermula jam 3 petang ini secara menyeluruh.
“Kita memberi orang awam masa untuk meneliti FAQ itu yang mengandungi 21 perisian dan setebal sembilan atau sepuluh mukasurat,” katanya selepas mesyuarat pasca mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.-BH Online