Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.

Menerusi catatan di media sosial beliau hari ini, Anwar turut menzahirkan rasa duka atas pemergian Siti Zaharah, selain mendoakan keluarga Allahyarham diberi kekuatan.null

“Almarhum sahabat dekat saya sewaktu kami bersama dalam UMNO tatkala mengemudi sayap Wanita UMNO dan seorang pemimpin yang cekap, komited serta gigih dalam perjuangan. 

“Saya turut berduka dan mendoakan keluarganya diberi kekuatan, selain diampunkan segala dosa serta diberi tempat terbaik di sisiNya,” katanya.

null

Siti Zaharah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO disahkan meninggal dunia oleh anak sulungnya, Timoer Dzakry Samarudin di Hospital Serdang pada jam 11.23 malam tadi.