Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Seramai 142,510 individu berjaya dilepaskan daripada masalah bankrap sekaligus melepasi sasaran ditetapkan sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ini satu pencapaian baik oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dalam memberi peluang kedua kepada kelompok terjejas ini untuk meneruskan kehidupan dan memulihkan semula perniagaan.

“Daripada lebih 142,500 individu, syarikat dan keluarga yang terapung (nasibnya), tanpa jelas masa depan dan kehidupan mereka, itu bermakna mereka boleh kembali membantu memacu ekonomi.

“Saya tegaskan dalam sejarah sejak merdeka sampai sekarang belum pernah mana-mana kerajaan yang boleh melepaskan seramai ini,” katanya berucap merasmikan Sambutan 100 tahun Jabatan Insolvensi Malaysia di sini hari ini.

Turut sama hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Timbalannya, M Kulasegaran; Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh serta Ketua Pengarah Insolvensi, Bakri Abd Majid.-BH Online