Isu jenayah dalam talian sangat membimbangkan dan trend itu menunjukkan jenayah tradisional sudah mula ‘berpindah’ ke alam siber, termasuk media sosial, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Dalam catatan terbaru di Facebooknya, beliau berkata pagi ini pihaknya mendengar taklimat berhubung isu itu daripada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta seorang timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
“Insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk memastikan internet termasuk media sosial lebih selamat untuk semua,” katanya.null
Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata, terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi.-BH Online