Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan berlaku peningkatan mendadak terhadap kes orang hilang di negara ini.

Beliau berkata, berdasarkan data diperoleh daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes membabitkan orang hilang kekal kira-kira 900 insiden setiap tahun.

“Jadi saya katakan, dari 2020 sampai Jun 2024, corak laporan polis terhadap insiden orang hilang ini kekal dengan angka kira-kira 900 orang.

“Daripada kes orang hilang yang dilapor, peratusan ditemui itu tinggi iaitu antara 85 hingga 90 peratus, jadi kekal hilang itu sekitar 10 hingga 15 peratus.

“Jadi saya katakan, dari 2020 sampai Jun 2024, corak laporan polis terhadap insiden orang hilang ini kekal dengan angka kira-kira 900 orang.

“Daripada kes orang hilang yang dilapor, peratusan ditemui itu tinggi iaitu antara 85 hingga 90 peratus, jadi kekal hilang itu sekitar 10 hingga 15 peratus.

“Ini data terbaru saya dapat daripada JSJ,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Terdahulu, timbul pelbagai spekulasi terutama di media sosial mendakwa kes orang hilang di negara ini semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun diculik di Johor Bahru, Johor, pada Sabtu lalu, namun berjaya diselamatkan polis di sebuah hotel di Batang Kali, Selangor hari ini.

Saifuddin berkata, aduan dan laporan orang hilang boleh dibuat di mana-mana balai polis dan perkara itu terkandung dalam pekeliling arahan Ketua Polis Negara di bawah prosedur operasi standard (SOP) Orang Hilang.

“Apabila aduan dibuat, polis akan buat penyisihan (kategori), jika dia kategori anak bawah 18 tahun atau ada elemen jenayah atau membabitkan orang diplomatik, kepentingan ekonomi, ini JSJ buka fail

“Satu lagi insiden orang hilang, yang hilang di hutan, di sungai, tak membabitkan elemen jenayah, itu Jabatan Pengurusan (PDRM),” katanya.

Justeru, Saifuddin berkata, KDN dan PDRM sentiasa memandang serius setiap kes orang hilang yang berlaku di negara ini.-BH Online