Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Warga pendidik yang mempunyai masalah disiplin dan cuai dalam tugas perlu dikecualikan daripada menerima kenaikan gred secara automatik atau ‘time-based’, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, golongan itu tidak sewajarnya menerima manfaat berkenaan sungguh pun sistem kenaikan time-based sudah diberi kepada warga pendidikan, khususnya oleh Kementerian Pendidikan (KPM) sejak beberapa tahun lalu.

“Kalau disiplin lemah, kerap tak pergi sekolah. Kenaikan pangkat automatik daripada prinsipnya (dibenarkan), tetapi dikecualikan bagi yang cuai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di sini, hari ini.

Kerajaan pada 1 Julai 2009 memutuskan pelaksanaan kenaikan pangkat secara ‘time-based’ bagi pegawai kumpulan pelaksana yang sudah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan semasa secara Khas Untuk Penyandang (KUP).-BH Online