Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan dasar dan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) berhubung dengan kesalahan-kesalahan jenayah dalam talian berkaitan akaun keldai dan prosedur berkaitannya. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU itu dijadual akan dibentangkan di Parlimen pada sesi mesyuarat kali ini.

“…serta memperuntukkan juga kesalahan sekiranya mana-mana orang tanpa kuasa ataupun tujuan yang sah membenarkan instrumen pembayarannya digunakan oleh orang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Persidangan Dewan Rakyat bersidang sejak 24 Jun lalu hingga 18 Julai ini.

Mengulas lanjut katanya, cadangan pindaan kepada Akta 574 diperlukan pada masa kini bagi memastikan ia selari dengan kepantasan perkembangan dan kecanggihan teknologi pada ketika ini terutamanya yang sering digunakan dan disalah guna oleh penjenayah.

Dalam pada itu, Azalina berkata, bagi cadangan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 pula akan memperkenalkan peruntukan baharu bersifat prosedur dengan memberikan kuasa sitaan kepada polis untuk mengarahkan penyitaan wang di dalam akaun bank yang disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah dan perkara berkaitan.

“Dalam hubungan ini, pengenalan peruntukan undang-undang khusus yang lebih efektif akan membantu agensi penguat kuasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan,” katanya. 

Kerajaan, kata beliau, berharap usaha ini dapat sokongan semua ahli Parlimen kedua-dua pihak dalam memastikan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat negara ini adalah terjamin.-Harian Metro Online