Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Selangor merekodkan kejayaan baharu apabila mencipta sejarah menyumbang sebanyak 25.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2023.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rekod menunjukkan sumbangan itu meningkat sebanyak 0.4 peratus berbanding KDNK negara pada 2022 iaitu 25.5 peratus.

Katanya, dalam masa yang sama, Selangor berjaya mencipta sejarah dengan nilai aktiviti ekonomi yang berjumlah RM406.1 billion, pada 2023 sekaligus menjadi negeri pertama Malaysia melebihi paras nilai RM400 billion.

“Saiz dan nilai ekonomi Selangor adalah lebih besar meskipun jika nilai ekonomi negeri-negeri utama lain seperti Johor, Sarawak, dan Pulau Pinang digabungkan Ekonomi negeri Selangor merekodkan kejayaan baharu dengan sumbangan sebanyak 25.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2023.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rekod menunjukkan sebanyak 0.4 peratus peningkatan berbanding sumbangan kepada KDNK negara pada tahun 2022 iaitu 25.5 peratus.

“Selangor berjaya mencipta sejarah dengan nilai aktiviti ekonomi yang berjumlah RM406.1 billion, sekaligus menjadi negeri pertama Malaysia yang mempunyai aktiviti ekonomi melebihi paras nilai RM400 billion.

“Saiz dan nilai ekonomi Selangor adalah lebih besar meskipun jika nilai ekonomi negeri-negeri utama lain seperti Johor, Sarawak, dan Pulau Pinang digabungkan.

“Pada masa sama, Selangor adalah negeri yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang paling tinggi pada 2023, iaitu peningkatan sebanyak 5.4 peratus dari tahun 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, dari segi prestasi perkembangan KDNK negeri, ekonomi Selangor berkembang sebanyak RM103.9 billion sejak 2017, bersamaan dengan peningkatan sebanyak 25.59 peratus selepas pentadbiran baharu mengambil alih pada 2018.

“Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Selangor adalah satu daripada empat negeri berjaya melepasi pertumbuhan ekonomi paras nasional, diikuti Pahang, Johor, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Dari sudut subsektor utama, nadi utama negeri Selangor adalah hasil industri perkhidmatan yang berkembang sebanyak 6.1 peratus dan kini menyumbang kepada 61 peratus daripada keseluruhan aktiviti ekonomi negeri.

“Selain itu, industri pembinaan turut berkembang sebanyak 10.2 peratus pada 2023, manakala industri pembuatan meningkat sebanyak 2.0 peratus bagi tempoh masa yang sama,” katanya.

Jelas beliau industri pembuatan menghampiri satu pertiga daripada keseluruhan ekonomi negeri, iaitu sebanyak 29.4 peratus.

“Pengiktirafan ini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) membuktikan bahawa pemegang taruh utama negeri iaitu komuniti perniagaan serta rakyat yang menjadi enjin pertumbuhan ekonomi, bertambah yakin kepada pentadbiran negeri yang selari dengan pentadbiran di peringkat Persekutuan.

“Meskipun begitu, kejayaan ini tidak harus diambil ringan dan mendorong seluruh pasukan negeri untuk menggunakan peluang ini supaya peningkatan ekonomi negeri tidak bersifat jangka masa sederhana tetapi mencapai pertumbuhan yang mampan.

“Ini termasuk meningkatkan prestasi ekonomi di peringkat daerah, prestasi perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan, mencari solusi mampan kepada cabaran perubahan iklim, menjamin kualiti infrastruktur sentiasa cekap, serta rejuvenasi bandar-bandar matang supaya negeri ini bukan sahaja maju tetapi berdaya huni.

“Hanya dengan pendekatan ini dapat kita terus meyakinkan pelabur tempatan dan luar negara bahawa Selangor mampu terus menjadi negeri pelaburan pilihan utama di Asia Tenggara,” katanya.

Justeru itu, beliau merakamkan penghargaan tahniah kepada seluruh pasukan pentadbiran di negeri Selangor, termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), pentadbiran di Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Penghargaan juga kepada komuniti pelabur dan setiap pekerja di negeri Selangor yang menyumbang kepada prestasi ekonomi negeri pada 2023 kerana kejayaan ini bukan usaha mana-mana individu tetapi menjadi kejayaan kita bersama,” katanya.-BH Online