Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Malaysia dipilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN – China (ACMROCH) 2024.

Mesyuarat yang disertai 11 buah negara ASEAN itu memberi tumpuan kepada sektor pembinaan dan perumahan serantau.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata; ia bakal membawa pulangan transaksi dagangan sebanyak 1 bilion ringgit kepada negara.

“Kita harap lebih ramai akan terlibat supaya kita bawa agenda penting termasuk perancangan bandar yang mampan, bandar pintar serta rumah pintar.

“Ia akan dibincangkan supaya pelan kerjasama stargeik antara rakan serantau bakal dipertingkatkan, ia selaras kepengerusian ASEAN Malaysia pada 2025,”katanya.

Beliau menjelaskannya selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

ACMROCH 2024 akan berlangsung bermula esok hingga Jumaat ini melibatkan 700 pepamer sert 40,000 pelawat dari 100 buah negara.-Berita RTM