Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pelajar yang dikategorikan sebagai cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) layak untuk dipertimbangkan kemasukan ke matrikulasi atau program asasi universiti awam kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata syarat kemasukan atau pemilihan itu tidak tertakhluk kepada lepasan SPM yang memperoleh keputusan 10A ke atas sahaja sebaliknya diberikan juga kepada pelajar yang mencapai gred A bagi setiap mata pelajaran diambil.

“Jangan risau, semua pelajar cemerlang kita akan pertimbangkan.

“Rayuan kita akan buka seluas-luasnya untuk kita penuhi dan juga memberikan ruang pendidikan kepada semua pihak.

“Itu adakah jaminan daripada Kerajaan Madani dan sebab itulah saya ulang semula penegasan itu bahawa pelajar cemerlang akan kita tangani penempatan mereka di matrikulasi dan dengan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Antibuli Peringkat Daerah Kerian, di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Krian, pagi ini.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Perak Datuk Mohamad Fauzi Mahson.

Menurutnya lagi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini bergerak secara agresif dan komprehensif bersama KPT bagi memastikan semua pelajar cemerlang mendapat tempat dan tidak tercicir.

Berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, beliau yakin rakyat akan memilih Kerajaan Perpaduan kerana soal calon yang dibawa mempunyai kredibiliti dan mantan pendidik.

Tambahnya pihaknya yakin dengan tawaran yang yang dibawa dapat memenuhi keperluan rakyat Sungai Bakap.-Harian Metro Online