Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof melancarkan Koperasi Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia (GPMP) Berhad, hari ini.

Pelancaran koperasi berkenaan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Parlimen itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Left Jen (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal.

SKM dalam kenyataan memaklumkan penubuhan koperasi itu menyasarkan keahlian 300 ahli aktif Persatuan Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Penubuhan (ROS).null

Bagi merancakkan sosioekonomi ahli, koperasi GPMP menetapkan lapan jenis aktiviti perkhidmatan sebagai aktiviti utama koperasi termasuk khidmat sewa kenderaan dan pembekalan makanan serta minuman.

Pada majlis itu, turut diadakan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara GPMP dengan anggotanya yang mengusahakan perniagaan perkhidmatan bekalan dan makanan, sebagai langkah permulaan untuk koperasi itu memulakan aktiviti perkhidmatan. – BERNAMA