Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Iltizam Cikgu Joohari, manifesto yang dikemukakan oleh calon PH bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin, disifatkan komprehensif meliputi bidang akademik dan pembangunan kawasan.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, berkata tidak ada sebab iltizam calon itu ditolak oleh pengundi kawasan berkenaan.

Beliau berkata Joohari turut menekankan pembangunan fizikal melalui infrastruktur dan juga isu-isu pembangunan di Sungai Bakap.

“Bagi damai pula, saya ingat ini yang kita sedang memastikan bahawa seluruh kempen tertumpu kepada usaha damai, tiada budaya fitnah atau perkara memburukkan satu sama lain.

null

“Ternyata, calon ini telah bawa mesej sangat jelas dan pastinya juga pengalaman beliau dalam bidang pendidikan membawa beliau kepada iltizam dan tawaran untuk semua disepadukan dalam perkataan padu.

“Melalui iltizam ini tidak ada sebab mengapa rakyat Sungai Bakap menolak beliau dan seharusnya inilah calon yang perlu kita angkat, apatah lagi dengan kepakaran beliau yang cukup lama dalam bidang pendidikan akan membawa kemakmuran kepada seiring dengan pengalaman-pengalaman pentadbiran yang dimilikinya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian ketika menghadiri Program Fisioterapi dan Penjagaan Wajah bersama masyarakat setempat di Simpang Ampat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Joohari melancarkan manifesto menerapkan konsep PADU sebagai iltizam yang akan dilakukannya kepada pengundi Sungai Bakap sekiranya memilih beliau menjadi wakil rakyat pada PRK kawasan itu, 6 Julai ini.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Joohari dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Kawasan Sungai Bakap yang berada di bawah Parlimen Nibong Tebal diadakan semula pilihan raya susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.-BH Online