Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Justeru, Perdana Menteri berkata, harga runcit baharu bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing ditetapkan 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji, berkuat kuasa hari ini. nullnull

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penurunan harga runcit itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa yang menunjukkan berlaku penurunan kos input pengeluaran telur ayam, terutama bahan asas kepada makanan haiwan berkenaan.

Selain itu, katanya, inisiatif berkenaan adalah selaras usaha kerajaan mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

“Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini membabitkan perbelanjaan RM100 juta, manakala peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta, pada 2023.

“Manakala harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Labuan juga akan diselaraskan mengikut Bahagian dan Zon yang diwartakan.

“Ingin saya tegaskan, masalah atau isu terkait kos kehidupan rakyat akan terus ditangani kerajaan secara lebih proaktif dan berkesan sambil berusaha sebaiknya dalam memampan dampak buruk ke atas kehidupan harian rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan masih mengekalkan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol, masing-masing pada harga RM6.90 satu kilogram (kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg).

Kadar berkenaan, katanya, dikekalkan sejak kerajaan mengambil alih pentadbiran negara, biarpun harga minyak sawit mentah (CPO) dunia meningkat melebihi harga ambang RM3,890 per tan.

“Sebagai contoh harga CPO pada Mac dan April lalu, masing-masing RM4,215 per tan dan April RM4,256 per tan berkata, harga minyak masak sawit tulen 5kg boleh meningkat antara RM33 hingga RM35,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.-BH Online