Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kementerian Kesihatan (KKM) akan meminta mana-mana platform e-dagang khususnya Shoppe Malaysia untuk nyah senarai produk yang tidak memenuhi syarat dan peraturan seperti ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata perkara itu membabitkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

“Ini adalah ‘food safety’ yang sangat mustahak untuk peneraju e-dagang seperti Shopee . 

“Anda mesti bertanggungjawab dalam memastikan apa yang diniagakan dalam talian seperti kosmetik atau ubat-ubatan memenuhi syarat (ditetapkan NPRA dan MDA),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pek Kasih Mama oleh Shoppe Malaysia, di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Puncak Alam, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly menegaskan penjualan makanan tambahan dan ubat-ubatan berasaskan herba yang dijual dalam talian memang dalam pengetahuan KKM.-BH Online