Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan semua permohonan membabitkan kewarganegaraan akan melalui tapisan yang sangat ketat.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tapisan itu termasuk oleh pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Insya-Allah janji saya tetap sama iaitu untuk segera membuat keputusan kepada pemohon yang layak serta melepasi segala prosedur yang telah di tetapkan oleh KDN. Doakan supaya dipermudahkan,” katanya dalam hantaran di akaun X.

Hantaran itu turut memaparkan beliau sedang menyemak semula segala dokumen penting termasuk permohonan kewarganegaraan di pejabatnya.

“Saya tahu baru-baru ini terdapat isu berhubung kewarganegaraan yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.-BH Online