Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Meta Platforms Inc (Meta)bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta pemegang taruh lain bagi melaksanakan kempen kesedaran nasional mengenai amalan keselamatan dalam talian.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kerjasama itu termasuk Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-Kanak dan Keluarga yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Susulan komitmen yang dinyatakan oleh Meta pada mesyuarat bertarikh 8 April 2024, saya telah diberikan taklimat semalam mengenai usaha dan penambahbaikan untuk memperkukuh keselamatan dalam talian bagi pengguna di Malaysia.

“Aspek-Aspek ini merangkumi pengesahan umur untuk kanak-kanak bawah 13 tahun serta pemantauan kandungan berbahaya seperti judi dalam talian, penipuan, berita palsu dan isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi berkata usaha Meta untuk mengurangkan kandungan berbahaya dan melindungi keselamatan pengguna dalam talian adalah menggalakkan justeru beliau berharap komitmen ini akan diteruskan.-Berita RTM