Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mewakili Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selepas kesemua kepimpinan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat khas hari ini agar calon PKR diletakkan sebagai wakil Kerajaan Perpaduan dalam PRK berkenaan.

Kon Yeow berkata, keputusan itu dicapai tanpa sebarang pertikaian dan tiada mana-mana parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan meminta wakil daripada parti mereka untuk diletakkan sebagai calon.

“Barisan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang putuskan dengan sebulat suara bahawa PKR akan akan menghantar calon dalam PRK Sungai Bakap.

”Ia berdasarkan semangat parti yang bertanding sebelum ini diberi keutamaan untuk bertanding semula dan PKR bersedia menyahut mandat daripada barisan kepimpinan Perpaduan untuk pilih seorang calon bagi PRK Sungai Bakap.

“Parti lain juga tidak minta untuk bertanding atas semangat parti yang bertanding sebelum ini diberi peluang untuk tanding semula, sebelum keputusan ini dibuat pun, parti lain beri sokongan kepada PKR untuk hantar calon,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma DAP, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE