Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan pasukan keselamatan akan bertindak keras terhadap gerombolan yang sengaja mencetuskan ketidakamanan dan mengganggu ketenteraman negara.

Perdana Menteri berkata, usaha segelintir pihak itu cuba mengeruhkan suasana ketika negara mula mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

“Kita bersyukur kepada Allah kerana menikmati keadaan selesa dan membahagiakan namun di beberapa minggu kebelakangan ini negara dikejutkan insiden keganasan yang meragut nyawa pasukan keselamatan.

“Saya memberi jaminan akan adakan pertemuan dengan pasukan keselamatan, kita akan bertindak keras terhadap gerombolan terbabit untuk memastikan keadaan bertambah tenang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan, malam ini.-BH Online