Sorting by

×

Dua lelaki yang membawa dan menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu disahkan bukan daripada mana-mana parti politik bertanding.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata polis juga sudah menahan individu yang terbabit dalam insiden yang berlaku pada Ahad lalu.

“Difahamkan berdasarkan laporan media, individu yang terbabit sudah ditahan, jadi serahkan kepada polis untuk lakukan siasatan dan sekiranya terbukti berlaku kesalahan, Jabatan Peguam Negara boleh bawa kes ke mahkamah mengikut saluran betul.

“Kenderaan dinaiki dua lelaki itu adalah pacuan empat roda jenis Mazda berwarna hijau.

“Kenderaan itu diletakkan gambar Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri serta bendera parti politik di belakang,” katanya.

Sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Tindakan itu adalah hasil maklumat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor yang menahan suspek serta kenderaan pacuan empat roda di sekitar kawasan Hulu Yam Bharu.

Kedua-dua suspek direman tiga hari berakhir hari ini.

Semakan turut mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 225 Kanun Keseksaan.-BH Online