Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi jaminan Boustead Plantations Berhad (BPlant) akan terus dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau berkata perkara berkenaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Saya juga mengingatkan BPlant bahawa mereka adalah anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Maka mereka perlu melihat dan mengambil peduli golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada dalam lingkungan sosial mereka, lebih-lebih lagi veteran yang tidak bernasib baik, hidup daif dan miskin.

“Saya percaya 42 ladang BPlant di seluruh negara boleh ambil perhatian soal ini,” katanya pada Hari Terbuka 2024 dan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Ladang Teluk Sengat di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata program anjuran BPlant itu walaupun sederhana, tetap ramai tetamu hadir terdiri daripada komuniti ladang, masyarakat setempat dan pengurusan tertinggi syarikat itu sendiri.

Beliau amat mengalu-alukan penganjuran majlis seumpama itu kerana masyarakat perlu disedarkan akan betapa pentingnya bersilaturahim. 

“Walau di mana mereka berada supaya yang jauh menjadi rapat, yang rapat menjadi akrab, dan bersama-sama dapat meraikan persahabatan, meraikan persaudaraan, meraikan setiakawan.

“Semoga persahabatan dan persaudaraan yang terbina akan dapat terus kekal dan terpelihara, ameen,” katanya menerusi perkongsian di akaun Facebook (FB) miliknya hari ini.-BH Online