Kerajaan bersedia membawa pulang warga Malaysia di Iran jika perkembangan konflik antara negara itu dan rejim Zionis semakin membimbangkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ketetapan itu dimuktamadkan menerusi mesyuarat yang diadakan pagi tadi.
Katanya, kerajaan juga dijadual memperincikan sekali lagi tindakan susulan yang bakal diambil, susulan serangan terkini di Isfahan, Iran yang dilakukan rejim Zionis, petang ini.
“Tadi kita sudah ada mesyuarat, tetapi petang ini kita akan bincang sekali lagi dengan Kementerian Luar.
“Kita akan tengok keadaan, kalau mencemaskan bagi rakyat, kita akan bawa keluar (warga Malaysia di Iran),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.-BH Online