Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Majlis Kerja Tertinggi Umno menyokong penuh tindakan Ketua Pemudanya Dr Akmal Saleh berhubung isu stoking tertera kalimah Allah termasuk gerakan memboikot kedai serbaneka KK Mart.

Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat MKT Umno hari ini.

“Isu (tindakan) Pemuda Umno pun dibincangkan dalam mesyuarat MKT, seluruh MKT sokong penuh pendirian berkenaan isu stoking kalimah Allah,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn.