Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Jabatan Perangkaan akan membangunkan petunjuk baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat sehingga ke peringkat daerah, sekali gus membantu kerajaan merangka pelaksanaan program yang lebih tepat dan berkesan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu ditetapkan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), hari ini.

Katanya, ahli mesyuarat membincangkan secara terperinci beberapa perkara terkait kos sara hidup rakyat, khususnya berkaitan isu harga dan ketersediaan bekalan beras dalam negara.

“Beberapa mekanisme jangka pendek telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Saya turut tekankan keperluan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan atas peluasan skop dan perubahan kadar cukai perkhidmatan yang dilaksanakan ke atas beberapa perkhidmatan terpilih sahaja. 

“Dalam hal ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melancarkan pemeriksaan khas di bawah Ops Kesan bermula 1 Mac lalu bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya,” katanya.-BH Online