Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Program MyBrain15 dijenamakan semula sebagai Program MyBrain 2.0, bermula tahun ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelaksanaannnya mengambil kira potensi program itu dalam menghasilkan intelektual serta pakar, bagi menyokong matlamat kesejahteraan pembangunan negara.

Laporan Kajian Impak MyBrain15 (2011-2015) menunjukkan program MyBrain15 berjaya menaja seramai 56,910 orang pelajar menerusi tiga jenis penajaan iaitu MyMaster, MyPhD dan MyPhD Industri.

Sekali gus, membuka peluang kepada graduan meningkatkan kesediaan kemajuan kerjaya dan pekerjaan yang lebih baik selari dengan peningkatan kelayakan akademik.

“Program ini menyasarkan penerima dalam kalangan orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah Institut Pendidikan Tinggi Swasta bagi melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah pada setiap tahun.

“Pelaksanaan program ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM22.925 juta bagi setiap ambilan,” katanya di Dewan Negara bagi menjawab pertanyaan Senator, Datuk Dr. Mohd Hatta Md Ramli mengenai keberhasilan program pembiayaan MyBrain15 yang dilaksanakan dalam RMKe-10.-Berita RTM