Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menyerahkan laporan penuh dalam masa dua minggu susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, notis mengenai perkara itu sudah diserahkan kepada agensi berkenaan sebelum dipertimbangkan Kabinet.

“Kita nak laporan lengkap supaya beberapa kelemahan diperbaiki dan ada apa-apa yang terlibat, kurang baik, terpaksa kita ambil tindakan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Amaniah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, hari ini.

Ditanya sama ada perlu ada jawatankuasa khas bagi menyiasat kerugian dialami dua entiti berkenaan, Anwar berkata, buat masa ini beliau perlu meneliti laporan berkenaan terlebih dahulu.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) baru-baru ini mendedahkan FELDA mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.005 bilion. – KOSMO! ONLINE