Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, berkata beliau tidak boleh menerima ‘pandangan fatalistik dunia’ bahawa persaingan kuasa besar menjadi ciri struktural hal ehwal serantau dan tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyederhanakannya.

“Dengan mengusahakan kekuatan masing-masing dan hubungan unik dengan negara utama di rantau ini, kita boleh mencapai sesuatu yang bererti untuk Asia Pasifik,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa syarahan umumnya pada program 2024 Gareth Evans Oration bertajuk Navigating Geopolitical Currents: Malaysia and Australia’s pivotal role in Asia Pacific, di Universiti Nasional Australia (ANU) di sini, yang dihadiri lebih 500 pelajar.

Beliau berkata, tindak balas rantau itu terhadap kebangkitan China akan menjadi penentu kritikal, sama ada rantau ini akan dicirikan oleh detente atau perbalahan.

“Untuk menyelaraskan strategi kita dengan berkesan, kita perlu mengamalkan empati; untuk memahami perspektif mereka; untuk melihat bagaimana orang lain melihat kita.-BH Online