Sorting by

×

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikannya. 

Dalam hantaran di akaun rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah juga turut menzahirkan harapan semoga sambutan Tahun Baharu Cina akan terus mengukuhkan lagi perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Tahun Baharu Cina pada tahun ini ialah Tahun Naga. – BERNAMA