Universiti perlu mengkaji keperluan mewujudkan fakulti baharu yang mempunyai kaitan dengan bidang yang mendapat permintaan tinggi pada masa kini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata graduan dalam bidang tertentu khususnya program literasi Kecerdasan Buatan (AI) dan sektor teknologi tinggi perlu ditingkatkan supaya dapat memenuhi permintaan industri negara dan pelabur.
“Universiti-universiti termasuk kolej perlu melihat dari segi potensi dunia pendidikan hari ini. Sebagai contoh dalam bidang AI yang sekarang ini merupakan bidang yang tidak dapat tidak yang perlu diberi perhatian oleh semua universiti.
“Tetapi dari segi fokus yang diberikan dalam memenuhi keperluan negara dan juga dalam dunia yang sedang kita hadapi pada harini khusunya dalam kandungan AI,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu selepas Program Libat Urus Menteri KPT Bersama Duta-Duta Negara Luar, di ibu negara.
Pada program tersebut, Dr. Zambry telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri serta Naib Canselor universiti dalam negara untuk merancang penyelesaian terhadap kekangan tersebut.-Berita RTM