Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan takziah kepada keluarga tiga anggota tentera yang terkoban dalam nahas di Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara di Gurun, Kedah, pagi tadi.

Beliau memohon orang ramai agar menitipkan doa kepada Allahyarham Sarjan Rozali Abdull Rani, Allahyarham Koperal Mohd Asri Idris dan Allahyarham Lans Koperal Mohd Hafiz Haris agar mereka ditempatkan bersama orang yang beriman.

“Mendengar khabar duka satu kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan tentera yang dalam perjalanan mengambil anggota EKS CPX Satria Gagah 30 BGD.

“Sama-sama kita titipkan doa agar mereka ditempatkan bersama orang yang beriman. Al-Fatihah,” kata beliau dalam Facebooknya.

Ketiga-tiga mereka berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang merupakan pemandu trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meninggal dunia selepas dirempuh sebuah lori.

Kejadian dipercayai berlaku ketika anggota tentera terbabit memberhentikan trak masing-masing di laluan kecemasan selepas salah sebuah trak mengalami kerosakan.-Berita RTM