Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menegaskan, sebaliknya Hassan perlu menghormati rakan parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau mengakui kesal dengan kenyataan dikeluarkan Hassan berhubung desakannya supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur dan parti terbabit perlu diterajui pemimpin baharu.

“Jangan ‘jaga tepi kain’ parti orang lain. Kalau dia hendak suruh saya letak jawatan itu lain, kalau itu Pak Hassan Karim (Hassan) lah.

“Tapi jangan komen orang-orang dalam parti lain, ia tidak baiklah, (jadi) saya bagi teguran keras pada Pak Hasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Hassan selepas Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Bukit Goh, pada Sabtu.

Hassan pada Rabu menyatakan UMNO perlu diterajui muka baharu dan tidak hanya ‘menumpang dahan’ Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar Ibrahim yang diakuinya ‘rapuh’ berdepan PRU16.

Menurutnya, rombakan pemimpin baharu yang segar, berintegriti dan berkarisma dalam parti itu penting untuk mendapatkan undi Melayu.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, ramai pihak yang boleh mengambil kesempatan di atas kenyataan tersebut

Tambah beliau, segala teguran boleh dibuat tetapi perlu disampaikan kepada kepimpinan parti untuk menguruskannya.

“(Dalam) perkara ini, kita hormat parti sahabat dan sekiranya ada sebarang teguran, beliau (Hassan) boleh sampaikan kepada pemimpin (untuk) diuruskan dengan baik.

“Jadi, saya teguran keras beliau dalam bab ini,” katanya.-Sinar Harian