Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bantuan subsidi tiket penerbangan bagi kelas ekonomi sedang diusahakan kementeriannya sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) dan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.

Menurut data pada Disember lalu, bantuan itu membabitkan seramai 6,369 penumpang dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Tambahnya, usaha itu melibatkan implikasi kewangan melebihi RM 2.7 juta dengan purata subsidi yang ditanggung untuk setiap tiket adalah bernilai RM429.

“Jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan ialah RM2.737219. Purata subsidi untuk setiap tiket ialah RM429, memanfaatkan seramai 6,369 penumpang pulang ke Sabah dan Sarawak, Disember lalu.”

Inisiatif yang sama juga sedang diusahakan untuk musim Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri pada April nanti ,” kata Anthony kepada pemberita hari ini.

Anthony berkata dalam Sidang Media Penawaran Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Sempena Hari Wilayah Persekutuan Ke-50 di Putrajaya, hari ini.-Berita RTM