Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas empat wilayah Yemen.

Presiden AS, Joe Biden mengesahkan bahwa negara itu dan sekutunya menyerang kumpulan Houthi dengan mendakwa serangan tersebut sebagai tindak balas kepada ‘ancaman kebebasan pelayaran’.

Serangan dilakukan terhadap 12 kemudahan Houthi di Yemen, kata pegawai AS kepada Sputnik.

AS berkata, sehingga jam 3.20 pagi, negara itu dan UK telah menghentikan serangan, bagaimanapun ia mungkin menyambung kembali jika ancaman dan serangan Houthi berterusan.

Houthi terus melancarkan peluru berpandu ke arah kapal AS ketika ini, lapor media.

Bandar Taiz di tengah Yemen turut dibom oleh AS dan UK malam tadi, kata seorang sumber kerajaan Yemen kepada Sputnik.

Terdahulu, rangkaian televisyen Al Arabiya memetik sumber sebagai berkata, AS dan UK melancarkan operasi pada malam Jumaat terhadap kemudahan kumpulan Houthi di utara negara tersebut.

Sumber berkata, serangan disasarkan khususnya di pelabuhan Hodeidah. – Agensi