Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Malaysia berada di landasan yang tepat dalam usaha mencapai karbon sifar bersih menjelang 2050.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bagaimanapun masih terdapat banyak lagi langkah yang perlu dilakukan termasuk memastikan strategi pelaksanaan program sedia ada dan akan datang mencapai sasaran tersebut.

“Kita punya sasaran sifar bersih seawal tahun 2050. Untuk kita capai sasaran tersebut, masih banyak perkara yang perlu dilakukan.

Seterusnya, kita punya LT-LEDS yang sedang kita siapkan untuk kita dapat data-data terbaharu tentang perjalanan kita menuju tahun 2050,” kata Nik Nazmi kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Kelestarian Prasarana 2023-2030, di sini.

Pelan itu merupakan sebuah peta hala tuju komprehensif yang menggariskan komitmen syarikat terhadap alam sekitar pengawasan dan kesejahteraan masyarakat, yang akan merevolusikan sistem pengangkutan negara.

Selain itu, ia juga menyumbang kepada perancangan kerajaan dalam meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui kepada 70% menjelang 2050.-Berita RTM