Perbuatan ‘doa laknat’ ke atas satu-satu pihak seperti yang dilakukan oleh pihak tertentu sebelum ini tidak seharusnya dijadikan sebagai budaya politik negara.
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu mengecam perbuatan tersebut yang jelasnya amat bertentangan dengan ajaran Islam.
Katanya, perbuatan tersebut hanya merosakkan parti serta mencipta satu budaya politik yang tidak sihat.
“Kalau kita berbeza pandangan dalam politik semasa dalam parti sebenarnya berbeza pandangan itu tidak subur, kita raikan perbezaan pandangan tetapi jangan sampai orang yang tidak bersama-sama dengan kita dalam sebuah parti kita buat doa laknat kepada mereka.
“Ini tidak baiklah dan sekarang pula berlaku seperti doa di Putrajaya sebelum ini, ia merebak-rebak jadi trend, ini berbahaya kepada sesama muslim dan orang bukan Islam juga,” Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bercakap kepada pemberita dalam majlis Jualan Mega MADANI sempena program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Ibu Negara.