Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya percepat pembangunan infrastruktur rakyat Sabah termasuk bekalan air, elektrik dan Lebuh Raya Pan Borneo, tanpa ada sebarang alasan lagi.

Beliau berkata penegasan itu perlu dilakukan kerana terdapat penangguhan projek-projek pembangunan untuk kemudahan rakyat di Sabah, antaranya Empangan Hidroelektrik Ulu Padas yang mampu memberi bekalan elektrik dan air yang selesa buat rakyat.

“Projek tertangguh antaranya menyebabkan dua kesan iaitu kos meningkat dan kesan kepada harapan rakyat untuk memperoleh kemudahan terutama untuk mendapatkan kemudahan bekalan elektrik dan air. Contohnya empangan ini, pastikan supaya ada pelaksanaan dan pemantauan supaya tiada alasan untuk lengahkan.

“…tekad ini amat kritikal, mendesak untuk rakyat, siapkan lebih cepat dan beri keselesaan kepada rakyat. Itu sikap kita mesti ada sekarang,” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas.

Turut hadir bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri I Jeffrey Kitingan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, dan Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) Annuar Ayub.