Perdana Menteri dalam sesi soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menwujudkan Pusat Pemindahan Banjir Kekal (PPKB) dengan kos siling sebanyak RM5 juta bagi setiap satu pusat.
Beliau dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan, pusat tersebut juga adalah jauh lebih baik berbanding pusat pemindahan sementara (PPS) dan ia akan menjadi sebagai pusat aktiviti komuniti di luar musim banjir.
“sebanyak RM241 juta peruntukan awal telah disalurkan untuk kegunaan 164 daerah, di bawah semangat Malaysia Madani sebagai persediaan kerajaan dalam pengurusan bencana banjir dan musim Monsun Timur Laut”. Katanya
“Persiapan prabencana juga ditingkatan melalui pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti, malah Jabatan Pengairan Dan Saliran sudah mengenal pasti 5,648 lokasi hotspot banjir”. Katanya
Anwar juga mohon dititipkan doa agar mangsa banjir dan yang terkesan, diberikan kesabaran serta dipermudahkan urusan sewaktu kesulitan dalam menghadapi musibah ini.-MEDIA PERPADUAN