Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof berkata harapan Sarawak untuk memperolehi autonomi berkaitan pendidikan akan bergantung pada kajian sebuah kumpulan jawatankuasa kerja Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Laporan hasil kajian tentang kuasa-kuasa berkaitan pendidikan oleh kumpulan jawatankuasa kerja akan diberikan kepada kumpulan jawatankuasa teknikal MA63 yang dipengerusikan Fadillah selepas sebulan.

Tambah Fadillah, laporan itu nanti akan menyatakan kuasa-kuasa yang boleh kerajaan persekutuan serahkan kepada Sarawak berkaitan pendidikan.

“Perbincangan atau rundingan sedang berjalan. Jadi, kita tunggu selepas sebulan dan kemudian, kita lihat apa hasil daripada perbincangan jawatankuasa kumpulan kerja dan selepas itu, saya rasa kita buat pengumuman,” katanya, menurut Utusan Borneo.

Beliau disoal mengenai usaha membawa autonomi berkaitan pendidikan ke Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. – Utusan Borneo