Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

120 negara menyokong untuk menyokong gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza termasuk Malaysia.

Pada Jumaat, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) telah menerima resolusi yang ditaja oleh kerajaan Jordan berobjektif untuk menyeru agar gencatan senjata segera di samping bantuan kemanusiaan serta perkhidmatan penting harus sampai ke Gaza tanpa sekatan.

Menurut laman sesawang Berita PBB, pengundian semasa Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resolusi tersebut menerima 120 undi menyokong, 14 menentang dan 45 tidak mengundi.

Amerika Syarikat (AS) yang bersubahat dengan kekejaman rejim Zionis terhadap orang awam di Gaza mengetuai bantahan tersebut diikuti, Austria, Croatia, Republik Czech, Fiji, Guatemala, Honduras, Israel, Kepulauan Marshall, Micronesia, Nauru, Papua New Guinea, Paraguay dan Tonga.

Manakala negara-negara yang memperjuangkan hak asasi manusia seperti Australia, Kananda, Sweden dan United Kingdom (UK) pula tidak mengundi atau tidak mengambil peduli mengenai krisis kemanusiaan yang sedang melanda wilayah Palestin yang dikepung itu.

Minggu lalu, AS menggunakan kuasa veto bagi menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk ‘pemberhentian kemanusiaan’ berhubung konflik Israel-Palestin.

Menurut duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, Washington menggunakan vetonya kerana UNSC tidak mengiktiraf hak Israel dalam resolusi tersebut untuk ‘mempertahankan dirinya’.

PBB dan badan kemanusiaan menegaskan bahawa perbuatan melengahkan bantuan ke wilayah yang bergolak itu akan menyebabkan malapetaka besar krisis kemanusiaan.

Rirad Mansour, Duta Palestin ke PBB dalam ucapan kepada UNSC, memberi amaran bahawa ‘membunuh lebih ramai penduduk Palestin tidak akan menjadikan Israel selamat’.

Pertubuhan hak asasi, Human Rights Watch (HRW) melalui hantaran di X, mengutuk undi veto AS kerana ia menghalang UNSC bertindak terhadap Israel dan Palestin ketika berdepan dengan tahap kemusnahan yang tidak pernah disaksikan. – Media Perpaduan