Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar semua urusan surat menyurat melibatkan sektor awam dan swasta, digunakan dalam bahasa kebangsaan, bahasa Melayu.

Anwar berkata jika surat diutus dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan, ia perlu dipulangkan semula katanya dalam ucapan pelancaran Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Cyberjaya.


Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi juga dinyatakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Selain itu, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Bahasa Melayu tidak boleh dipertikaikan mengenai fungsi dan peranannya sebagai bahasa kebangsaan.

Menurut Anwar, terdapat sikap “terlajak” atau “terpesong” berhubung komitmen sesetengah pihak dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Memang kita tekankan dalam bahasa perdagangan antarabangsa bahasa Inggeris tetapi ada sikap yang saya rasa terlajak di kalangan beberapa jabatan.

“Baik pejabat awam apatah lagi universiti-universiti, termasuk universiti swasta dan sektor swasta yang seringkali cuba meninggalkan asas perlembagaan…,” katanya. -Media Perpaduan