Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ahli Parlimen Tasek Gelugor merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah terhadap 18 pertuduhan berkaitan dengan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM6 juta.

Pendakwaan ini difahamkan berkaitan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Wan Saiful sudah tiba di mahkamah pada sekitar 8.20 pagi dengan kenderaan berwarna putih, lengkap bersut hitam sempat menyapa dan senyum kepada media yang sudah menantikan kelibat beliau.

Semalam, Wan Saiful yang juga bekas Ketua Penerangan Bersatu akan berhadapan dengan lebih 15 pertuduhan membabitkan penggubahan wang haram ketika ini dengan anggaran kira-kira RM6 juta.

Pertuduhan itu yang dibacakan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin, Wan Saiful mengangguk tanda faham kemudian mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Mengikut kertas pertuduhannya, beliau dituduh bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Jika sabit kesalahan beliau boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda minimum RM5 juta.

Wan Saiful telah dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya semalam untuk diambil keterangan sebelum didakwa hari ini.

Sebelum ini, Wan Saiful telah mengaku tidak bersalah dan mahu dibicarakan atas dua tuduhan menerima rasuah RM6.9 juta berkaitan projek Jana Wibawa menerusi akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya iaitu WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik syarikat Nepturis Sdn Bhd, Jana Wibawa adalah projek yang diperkenalkan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok berkait dengan dakwaan penggubahan wang haram.

Pada masa sama juga, pagi ini juga terdapat pendengaran kes permohonan Muhyiddin yang ingin mendapatkan kembali pasportnya dari Mahkamah Sesyen atas beberapa alasan termasuk sudah membuat perancangan untuk bercuti bersama keluarga ke United Kingdom (UK) Disember ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu itu berkata, sudah menjadi satu kebiasaan beliau akan membawa keluarganya untuk bercuti selama sebulan setiap tahun. -Media Perpaduan