Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan mesyuarat bagi ‘humanitarian pause’ atau gencatan senjata kemanusiaan berikutan konflik Israel-Palestin supaya bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza selamat sampai kepada mereka yang memerlukan.

Pemimpin dari 27 negara yang membentuk EU akan bertemu di Brussels pada hari Khamis dan Jumaat ini dan agenda utama pertemuan itu adalah bagi membincangkan mengenai situasi di Asia Barat.

“Majlis Eropah menyokong gesaan UNSG Guterres untuk ‘humanitarian pause’ bagi membolehkan akses kemanusiaan dan bantuan selamat sampai kepada mereka yang memerlukan.

“EU akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi di rantau ini untuk melindungi orang awam, menyokong mereka yang cuba menyelamatkan diri atau memberikan bantuan serta memudahkan akses kepada makanan, air, penjagaan perubatan, bahan api dan tempat tinggal.

“Ia mengulangi keperluan untuk pembebasan segera semua tebusan tanpa sebarang prasyarat,” menurut draf berkenaan. – REUTERS